suria

Belum layak bantu pesakit tapi bakal doktor sumbang 1,000 ekor ayam kepada 10 kampung - “Satu rumah 18 orang, tak cukup makanan”

Agihan ayam dari kilang milik keluarga Badrul bermula pada Khamis lalu selama tiga hari.

BUKANLAH bangsawan mahupun selebriti, hanya penjual ayam yang bersimpati.

Itulah kata-kata seorang jejaka berusia 23 tahun yang mana dia dan keluarganya mengagihkan 1,000 ekor ayam percuma buat penduduk di 10 buah kampung di sekitar Pontian, Johor ekoran wabak Covid-19 yang melanda ketika ini.

Bercerita kepada mStar, Badrul Hisyam Baharudin mengakui idea itu timbul hasil perbincangan bersama kedua ibu bapanya, Baharudin Ahmad dan Norliza Mohd Yunus, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga

"Syarikat ayam kami memang kilang dekat kampung. Yang bagi sokongan pun orang-orang kampung. Jadi kami ambil langkah ini apabila mereka perlukan bantuan.

"Bantuan yang diumumkan kerajaan belum sampai, ada yang saya dengar makanan di rumah tak cukup.

"Jadi kami rancang untuk bagi bantuan terlebih dahulu sebelum mereka dapat bantuan dari kerajaan," ujarnya sewaktu dihubungi pada Isnin.

Posting Badrul yang tular di Twitter.

Menurut Badrul lagi, program agihan melibatkan penduduk kampung serta kakitangan syarikat milik keluarganya dimulakan pada hari kesembilan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu Khamis lalu.

Sepanjang tiga hari proses agihan, Badrul turut menyelami hati penduduk setempat dan mengakui tersentuh mendengar kisah mereka.

"Yang paling saya tersentuh, ada satu rumah 18 orang, tak cukup makanan. Bayangkan macam mana nak tanggung, mereka kerja kampung sahaja.

Untuk penduduk 10 kampung ni, kami bagi ikut bilangan isi rumah. Kalau ahli keluarga ramai, kami bagi lebih dari seekor.

BADRUL HISYAM BAHARUDIN

PELAJAR JURUSAN PERUBATAN

"Ada juga makcik yang tinggal sendirian. Dia nak keluar pun tak larat. Anak tak boleh balik sebab arahan PKP.

"Bantuan ini juga diselaraskan dengan bantuan oleh penghulu kampung," ujarnya lagi.

Dari sudut agihan, Badrul berkata dia tidak membuat ketetapan 'satu keluarga seekor ayam' sebaliknya ia diberi mengikut bilangan isi rumah masing-masing.

Agihan dibuat untuk penduduk 10 kampung sekitar kilang ayam keluarganya.

"Untuk penduduk 10 kampung ni, kami bagi ikut bilangan isi rumah.

"Kalau ahli keluarga ramai, kami bagi lebih dari seekor," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Badrul merupakan pelajar jurusan perubatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Selangor.

Proses agihan yangd ibuat selama tiga hari sejak Khamis lalu.

Pada tahun ini juga, dia mula menceburkan diri secara serius dalam perusahaan kilang ayam keluarga yang sudah ditubuhkan seusia dengan dirinya dan dilantik sebagai sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Sehingga kini, posting Badrul di Twitter menerima hampir 10,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen turut memberikan pujian atas usaha murni keluarganya dalam membantu orang ramai yang terkesan dek Covid-19.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Covid-19, PKP, ayam, kilang ayam

Artikel Lain