suria

Tentera, polis di K.Lumpur dibekal termometer... pemandu ada gejala demam akan ditahan - Annuar Musa

Seorang anggota polis sedang memeriksa suhu badan pemandu kenderaan semasa sekatan jalan raya di Kuching. foto ZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR

ANGGOTA tentera dan polis yang ditugaskan untuk melakukan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur akan dibekalkan dengan termometer atau alat pemeriksaan suhu badan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka yang menunjukkan gejala demam akan ditahan untuk pemeriksaan kesihatan.

"Mulai hari ini semua road block di Wilayah Persekutuan dibekalkan dengan alat pemeriksa suhu badan... yang ada tanda demam anda mungkin ditahan untuk dibawa ke pusat pemeriksaan lanjut," katanya menerusi satu posting di Twitter.

Posting Annuar Musa di Twitternya.

Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan PKP sehingga 14 April ini susulan kes positif Covid-19 masih tidak menunjukkan tanda pengurangan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata, keputusan perlanjutan itu dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan awal.

“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.

“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya dalam perutusan khas pada Rabu lalu.

Artikel Lain