suria

Hanya IPT Tentukan Hukuman Pelajar Sertai Perhimpunan Haram - Khaled

KULIM: Kementerian Pengajian Tinggi akan menyerahkan kepada pentadbiran universiti untuk mengambil tindakan terhadap pelajar masing-masing yang ditahan polis semasa menyertai perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bentuk tindakan atau hukuman terhadap pelajar berkenaan bukan ditentukan oleh kementerian tetapi dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.

"Kementerian tidak akan campur tangan dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil dan diploma sempena Konvokesyen Keenam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim (PTSB), di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa seramai 21 pelajar dari beberapa IPT ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram tersebut.

Dari jumlah itu, 14 orang merupakan penuntut IPT awam, antaranya dua pelajar politeknik dan seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tujuh lagi ialah pelajar IPT swasta termasuk seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan dua pelajar yang menuntut di Mesir. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain