suria

APMM Temui Dua Kilogram Ganja Mampat

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Langkawi menemui ketulan ganja mampat seberat kira-kira dua kilogram di sempadan perairan Langkawi, Rabu.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Langkawi Kapten Maritim Rahim Abdullah berkata, penemuan itu hasil rondaan sebuah bot agensi itu di perairan Langkawi hingga ke Kuala Perlis.

"Bot ronda itu telah mengesan satu objek yang mencurigakan iaitu sebuah tong berwarna biru terapung di sempadan perairan Langkawi kira-kira 11 pagi tadi," katanya di sini Rabu.

Katanya, tong berkenaan dibawa balik ke Jeti Perikanan Bukit Malut di sini untuk diperiksa dan didapati dua ketulan mampat disyaki ganja dibungkus dalam tiga lapisan plastik berwarna hitam dan putih seberat lebih kurang dua kilogram.

Beliau berkata, penemuan ganja itu yang kedua tahun ini bagi Wilayah Utara selepas dua ketulan ganja mampat ditemui di perairan Perlis Jan lepas. - BERNAMA

Artikel Lain