Kambing bakar, pulut durian tarikan bazar Ramadan Bayan Baru - Rencana | mStar

Kambing bakar, pulut durian tarikan bazar Ramadan Bayan Baru

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Kambing bakar merupakan antara menu popular di bazar Ramadan Bayan Baru.

Dimasak dengan bahan seperti cili, lada benggala, bawang dan sos lada hitam, kambing gurun bakar disediakan secara fresh di situ.

Walaupun pelbagai jenis daging dijual di gerai itu, bahu kambing yang berharga RM10, RM15 dan RM20 itu menjadi sararan orang ramai.

Yusmira Yusoff, 32, berkata, dia membuat keputusan untuk menjual bahu kambing bakar setelah melihat popularitinya menerusi beberapa festival makanan yang dihadirinya sebelum ini.

"Ianya hidangan yang mudah untuk disediakan dan ramai orang boleh menikmatinya. Hidangan kebab berempah di gerai saya juga laris seperti kambing bakar," ujar Yusmira.

Gerai pulut durian milik Abdullah Suhaimi Ismail di Jalan Mahkamah turut mendapat perhatian orang ramai.

"Sudah 10 tahun saya jual pulut durian. Durian ni semua saya ambil dari Balik Pulau," ujar peniaga berusia 50 tahun itu.

Hidangan manis itu dijual pada harga RM10 dan diperbuat daripada pelbagai jenis durian seperti musang king, D11, D14 dan Ang Bak Kia.

Selain pulut durian, dia turut menjual buah durian dengan harga RM25 sekilogram.

Menurut pengunjung bazar, Mazlina Mohamad, 33, dia mengunjungi bazar Ramadan pada setiap hari.

Namun, dia agak kecewa kerana gerai kuih kegemarannya tidak beroperasi pada tahun ini.

"Tapi banyak juga gerai-gerai baharu kali ini," ujarnya yang datang bersama suami dan dua anak lelaki.

Tags / Kata Kunci: Bayan Baru , kambing bakar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan