DBKL Fokus Kepada Perkhidmatan Efisyen

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DBKL mensasarkan Kuala Lumpur menjadi bandar raya hijau.
DBKL mensasarkan Kuala Lumpur menjadi bandar raya hijau.

DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menjanjikan pentabdiran yang lebih telus dengan memfokuskan perkhidmatan yang efektif dan efisyen.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan peruntukan sebanyak RM2.79 bilion pada tahun ini, peningkatan sebanyak 20% berbanding peruntukan sebanyak RM2.31 bilion pada 2013.

Beliau berkata RM1.499 bilion diperuntukan khas untuk kos pengurusan manakala RM1.29 bilion untuk kos pembangunan.

Jelasnya, pendekatan kos efektif dan sistematik akan diamalkan sepanjang perancangan dan pelaksanaan projek-projek tersebut.

Ahmad Phesal berkata, bajet itu bertujuan untuk membiayai lima bidang strategik utama, iaitu menyediakan sistem jalan raya yang lebih baik, meningkatkan ekonomi, menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar-eko dan memperbaiki sistem pentadbiran.

NKRA, NKEA, Greater KL dan Rancangan Malaysia Ke-10

Pembinaan laluan pejalan kaki, jejantas, kemudahan park and ride serta perhentian bas antara projek pembangunan yang disenaraikan dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Bernilai RM18.5 juta, ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan penggunaan kemudahan pengangkutan awam di bandaraya ini.

Dana sebanyak RM259.66 juta pula yang diperuntukan untuk NKEA/Greater KL/KV yang sedang giat dilakukan manakala RM196.84 juta lagi adalah untuk projek dibawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Sebahagian besar peruntukan itu, RM808.27 juta atau 63% ditanggung oleh DBKL, manakala baki RM482.55 juta atau 37% dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan agensi swasta.

Projek Kebersihan Bandar

Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, Ahmad Phesal berkata, fokus akan diberikan untuk memastikan bandaraya itu sentiasa bersih sepanjang masa.

Tiga lokasi utama, Bukit Bintang, Petaling Street dan Chow Kit, yang menjadi tumpuan pelancong, akan diberikan penekanan.

Sejumlah RM227.15 juta diperuntukan untuk pelbagai program termasuk RM164 juta untuk membersihkan laluan pejalan kaki, longkang besar dan pungutan sampah oleh Perbadanan Pengurusan Sistem Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA.

Sementara itu, RM63 juta adalah untuk memindahkan sampah sarap ke loji pembuangan sisa pepejal di Taman Beringin dan tapak pelupusan sanitari Bukit Tagar.

Ahmad Phesal berkata, bandaraya itu menghasilkan kira-kira 2,500 hingga 2,600 tan bahan buangan setiap hari dengan purata kira-kira 949,000 tan setiap tahun.

Kemudahan Infrastruktur, Baik Pulih Jalan, Pengairan dan Saliran

Laluan utama di sekitar bandar raya akan dinaik taraf dan dilebarkan menggunakan peruntukan sebanyak RM268.6 juta.

Beliau berkata, 34 projek telah dikenalpasti, dimana 27 akan diuruskan oleh DBKL dengan anggaran kos RM199.1 juta dan tujuh lagi dibawah Rancangan Malaysia Ke-10 dengan peruntukan sebanyak RM69.5 juta.

Kesemua projek termasuk menaik taraf Jalan Genting Kelang, Jalan Segambut, membina persimpangan di Jalan Ampang dan Jalan Jelatek serta mengukuhkan cerun bukit dan pembinaan jambatan Sungai Gombak.

Katanya, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk memantau kualiti dan mengelak pembaziran.

Rumah Mampu Milik

Dibawah Program RUmah 1Malaysia, DBKL akan membina lebih ramai rumah mampu milik untuk penduduk di bandar raya ini.

Sejumlah RM115 juta akan dibayar untuk pembinaan rumah mampu milik di Kampung Wirajaya Setapak, Kampung Pandan (penempatan kaum India) dimana DBKL membeli 200 unit rumah kos rendah daripada pemaju swasta untuk dijual kepada pembeli yang layak.

Projek Menghijaukan Bandar

Untuk kekal mampan, sebuah bandar perlu mengimbangkan pembangunan bangunan hijau. Justeru, RM60.34 hyra daripada dana pengurusan akan digunakan untuk mengekalkan taman awam.

Dana RM34.3 juta lagi akan digunakan untuk mengindahkan Taman Botani Perdana, Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri dan 13 lagi taman rekreasi yang lain.

Dibawah dana pembangunan, RM122.33 juta akan digunakan untuk aktiviti lanskap dan menaik taraf kemudahan di taman awam.

Sukan, Kebudayaan dan Kesihatan

Sebagai menghargai keperluan warga kota untuk menikmati gaya hidup sihat, DBKL menyediakan RM37.16 juta untuk menggalakkan aktiviti kemasyarakatan.

Acara membabitkan golongan tua, remaja, ibu tunggal dan kumpulan berpendapatan rendah turut disediakan.

Penekanan turut diberikan kepada Local Agenda 21 dan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Selain itu, RM16.5 juta diperuntukan untuk acara kebudayaan seperti muzikal dan tarian untuk meningkatkan industri pelancongan.

RM2.21 juta akan disediakan untuk aktiviti sukan dan rekreasi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan