Rebana Bertarung Untuk Kelangsungan Hidup

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Che Din memegang rebana miliknya yang berusia 150 tahun di rumahnya di Kampung Banggol Petaling, kota Baru.
Che Din memegang rebana miliknya yang berusia 150 tahun di rumahnya di Kampung Banggol Petaling, kota Baru.

KOTA BARU: 300 tahun lalu, rebana menjadi alat muzik yang harus dimiliki kini ia bertarung demi kelangsungan hidup walaupun di negeri kelahirannya sendiri, Kelantan.

Alat muzik ini sangat popular pada lewat abad ke-18 merupakan peralatan wajib dimainkan dalam upacara diraja mahupun penduduk kampung namun kini ia semakin terpinggir kerana hanya mereka yang pakar sahaja boleh bermain alat muzik ini.

Walaupun demikian, bagi anak kelahiran Kelantan, Che Din Yaakob, 78, dia tetap mahu mempertahankan adat budaya masyarakat Melayu ini dengan melibatkan penyertaan golongan muda dalam aktiviti bermain rebana ini.

Che Din yang berasal dari Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas, merupakan pemilik sebuah rebana yang berusia 150 tahun.

Rebana merupakan alat muzik yang mempunyai bentuk seperti tamburin digunakan dalam majlis berciri Islamik di negeri Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Paluan rebana ini turut diselangi dengan alunan zikir dan nasyid.

Menurut Che Din, ada pemilik rebana ini memberikan nama-nama tertentu kepada alat muzik tersebut, antaranya ialah Amok Pok Yang, Kuda Perang Raja Dewa atau Raja Buring anak Murai.

Beliau berkata kerangka rebana diperbuat daripada kayu merbau, dan rebana milik beliau dibuat di Kampung Sego, Narathiwat, Thailand.

“Kami menubuhkan kumpulan rebana kami pada 2009 dan menamakannya Amok Perdana. Kumpulan ini menerima jemputan untuk bermain alat muzik ini ketika kenduri atau majlis kesenian.

“Kami mahu mempertahankan tradisi namun agak payah untuk menyakinkan generasi muda untuk menyertai kami.

”Namun kami tidak berkecil hati dan kami akan tetap mempromosikan alat muzik ini kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemuramah di rumahnya di Kampung Banggol Petaling.

Pengurus kumpulan berkenaan, Nor Alam Marzuki, 54, berkata kumpulan tersebut ditubuhkan di bawah naungan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara dengan objektif untuk mengekalkan muzik rebana yang merupakan warisan dan budaya masyarakat Kelantan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan