Ibrahim Hussein: Dari budak kampung jadi pelukis tersohor

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kecintaan Allahyarham pelukis terkenal Datuk Ibrahim Hussein yang satu ketika hampirhampir dipenjarakan kerana hasil lukisannya, bermula pada usia cukup muda.

Beliau memulakan pengajiannya di bidang lukisan di Nanyang Academy of Arts di Singapura pada 1956 sebelum meneruskan pengajian di Byam Shaw School of Drawing and Painting, London, selama empat tahun pada 1959 dan kemudian ke London's Royal Academy Schools untuk tiga tahun seterusnya.

Sekalipun lahir dalam keluarga miskin dari Sungai Limau, Yan, Kedah, 72 tahun lepas, Ibrahim yang lebih biasa dipanggil Ib, bekerja keras untuk mencapai impian menjadi seorang pelukis profesional, terutama di London di mana beliau bekerja sebagai seorang posmen, pelakon tambahan, dan apa jua kerja yang dapat beliau gapai untuk menentukan kelangsungan hidup.

"Malah saya buat apa saja kecuali mencuci pinggan untuk terus hidup! Itu zaman yang cukup sukar yang saya tidak akan lupakan," katanya dalam satu temubual pada 2002.

Semasa belajar di London, beliau diberikan biasiswa pengembara, award of Merit yang membolehkan beliau mengembara ke Perancis dan Itali, dan pada 1964 beliau memenangi Hadiah Griffin.

Beliau juga dianugerah Japan Foundation Award (1988), Order of Andres Bello dari Kerajaan Venezuela (1993), Hugo Boss Hall of Distinction (1994) dan anugerah tertinggi Chile bagi orang asing, Comendador of the "Order de Benardo O'Higgins (1996), dan Crystal Award Forum Ekonomi Dunia (1997).

Ibrahim turut dianugerahi "Tokoh Melayu Terbilang" bersempena ulangtahun ke 61 Umno pada 2007, mengadakan pameran solonya yang pertama di John Whibley Gallery di London, 1963 ketika berusia 27 tahun; dan dua tahun kemudian di the Gallerie Internationale, New York dan dari sana ke Kuwait (1977), Jerman (1983), Jepun (1989), Chile (1991), dan Switzerland (1994).

Terkenal di peringkat antarabangsa, karya Ib banyak dipengaruhi alam di sekelilingnya.

Sejak beliau membuka Muzium dan Yayasan Budaya Ibrahim Hussein di Langkawi, beliau mula menghasilkan karya berasaskan kayu dan batu "oleh kerana ini adalah persekitaran asli yang paling hampir dengan saya".

Medium utama beliau ialah printage yang beliau hasilkan dari gabungan bahan cetakan dengan kolaj, iaitu tempelan pelbagai rupa bahan di permukaan.

Ibrahim yang meninggal dunia awal hari ini akibat sakit jantung meninggalkan seorang isteri Sim Hussein, dan seorang anak perempuan, Alia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan