Worldwide Perkasa Kecemerlangan Akademik Bidang Perubatan

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Worldwide Medivest Sdn Bhd (WMSB) pada Sabtu menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini bagi memperkasakan kecemerlangan akademik bidang perubatan.

Pengarah Eksekutif WMSB, Ahmad Azman Azizul Rahman berkata kerjasama tersebut sejajar dengan misi anak syarikat milik penuh Worldwide Holdings Berhad itu untuk menjadi pemangkin utama pembangunan modal insan.

"Ia bertujuan untuk akan melahirkan pakar-pakar perubatan khasnya dalam bidang pembedahan di negara ini termasuk menjadi pemain utama dalam industri pengeluar peranti perubatan," katanya.

Jelas beliau, sebagai permulaan, kerjasama itu akan berjalan secara bertempoh bagi melihat pencapaian dan kecemerlangan akademik pelajar serta kesinambungan jaringan perniagaan antara kedua-dua pihak.

"Worldwide Holdings yakin dengan kepakaran penyelidik-penyelidik tempatan yang mendapat pendidikan dari universiti-universiti terkenal di dunia untuk membuat penilaian dan R&D bagi produk keluaran Worldwide Medives," katanya.

Menerusi kerjasama ini, beliau berkata WWSB turut akan membekalkan produk sutures dan peralatan-perlatan berkaitan untuk tujuan akademik perubatan.

"Ia ada sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Worldwide Holdings berteraskan pendidikan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerjasama tersebut turut memberi tumpuan kepada program latihan industri dan aktiviti memperkasakan kecemerlangan pelajar.

"Kami berharap agar pemeteraian MoU atas kerjasama ini akan menjadi titik tolak kepada permulaan yang baik di antara pemain industri dengan institusi pengajian tinggi awam khususnya dalam bidang perubatan.

"Dengan kerjasama ini juga diharapkan dapat melahirkan lebih ramai lagi pakar bedah dan golongan profesional yang mampu menaikkan nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Tags / Kata Kunci: USIM , WMSB , Worldwide Holdings

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan