Intai Peluang Belajar: USM Anjur Hari Terbuka Jumaat Ini

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Hari Terbuka selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Timbalan Pendaftar Pejabat Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah berkata, program yang akan diadakan di Kompleks Eureka universiti itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat terkini berkaitan kemasukan ke institusi tersebut.

"Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Matrikulasi, Diploma dan calon-calon di wilayah utara yang mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian ke USM boleh menghadiri Hari Terbuka berkenaan mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, USM akan turut menawarkan khidmat rundingan, permohonan aplikasi dalam talian dan taklimat kemasukan kepada orang ramai dan calon bagi kemasukan 2012-2013 sepanjang program berlangsung.

"Selain itu, ia berperanan sebagai Pusat sehenti bermaklumat kepada lepasan sekolah dan calon-calon berkelayakan untuk mengetahui lebih lanjut berhubung peluang pendidikan di USM, termasuk insentif-insentif menarik yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang yang terpilih," katanya. Menurut Mohamad, permohonan secara dalam talian menerusi https://pohon.usm.my dibuka sejak 9 Januari lepas sehingga 26 Mac ini.

USM menawarkan 71 program pengajian pelbagai program sains dan sains sosial seperti Sains Gunaan, Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi, Seni, Farmasi, Perubatan, Sains Kesihatan, Pergigian, Sastera (Ilmu Kemanusiaan), Sains Kemasyarakatan, Sastera, Seni Halus, Pendidikan serta Pengurusan dan Perakaunan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan