UMT Wujud Fakulti Perikanan Dan Akua Industri Bulan Depan

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melangkah setapak dalam usaha mengembangkan ilmu pengetahuan dengan mewujudkan Fakulti Perikanan dan Akua Industri mulai 1 Januari ini.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Aziz Deraman berkata ia adalah menyahut seruan kerajaan untuk UMT menceburkan diri dalam bidang berkenaan dan bersesuaian dengan penubuhan awal universiti itu bagi meneroka ilmu samudera.

Bercakap kepada pemberita di sini Ahad, beliau berkata penubuhan fakulti baru itu dibuat kerana menyedari negara bergantung pada makanan laut yang diimport dengan jumlah yang tinggi.

Langkah itu juga sesuai dengan hasrat kerajaan supaya negara boleh bergantung kepada bekalan makanan asas sendiri suatu masa nanti, katanya.

Sudah sampai masanya UMT menonjolkan keberkesanan universiti sebagai sebuah fakulti yang penting untuk negara terutamanya bagi bekalan ikan dan hasil laut yang lain, tambah beliau.

"Kita harap dengan adanya fakulti ini, UMT akan menjadi lebih kukuh dalam ilmu samudera kerana setakat ini UMT telah mempunyai Fakulti Bio Teknologi Marin yang melibatkan hidupan laut," katanya.

Beliau berkata dengan adanya fakulti baru itu UMT akan dapat mengadakan banyak lagi kerjasama dengan universiti-universiti asing terutamanya universiti di Indonesia dalam bidang berkenaan.

Penubuhan fakulti baru itu telah diluluskan Kementerian Pengajian Tinggi pada September lalu, kata Aziz. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan