USM Hasil Produk Rencat Pertumbuhan Sel Barah Pangkal Rahim

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penyelidikan selama dua tahun oleh Universiti Sains Malaysia (USM) akan memberi peluang kepada wanita di negara ini mencegah barah pangkal rahim dengan kos yang jauh lebih rendah.

Dikenali 'ManjaProtect', produk makanan tambahan itu dijangka ke pasaran tahun depan dengan harga antara RM45 dan RM60.

Produk ini mampu merencat pertumbuhan sel barah pangkal rahim yang menjadi pembunuh nombor dua wanita selepas barah payu dara, kata penyelidiknya Dr Hasmah Abdullah pada majlis memperkenalkan produk itu, di sini, Isnin.

"ManjaProtect adalah sejenis produk daripada ekstrak tumbuhan manjakani dan mengandungi asid galik, vitamin C dan selenium yang bersinergi antara satu sama lain menjadikannya sesuai bagi pencegahan barah pangkal rahim," kata penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM itu.

Selain itu katanya, kandungan produk yang rendah protein dan lemak tetapi tinggi dengan karbohidrat ringkas membolehkannya sesuai diambil oleh semua golongan.

"Sasaran pengguna produk ini adalah merangkumi pesakit renal, kardiovaskular serta kencing manis," katanya.

Dr Hasmah berkata penyelidikan yang diinspirasikan oleh penggunaan meluas herba manjakani oleh wanita di negara ini bermula Jun 2008 dan selesai pada Oktober lepas.

Katanya penyelidikan itu dibiayai menerusi dana penyelidikan USM sebanyak RM40,000, dan dibantu Dr Mohd Rafiquzzaman, Dr Sakinah Harith, pelajar sarjana serta pembantu penyelidik.

"Kami sedang melaksanakan pembangunan lanjutan dan dalam proses mempatenkannya," katanya menambah USM sedang mencari rakan kongsi untuk pemasaran produk tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan