UPM Diharap Terus Bimbing Petani Untuk Tingkatkan Hasil

Diterbitkan: Ahad, 9 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) diminta terus memberi bimbingan kepada petani bagi meningkatkan hasil keluaran dalam usaha membantu golongan itu meningkatkan pendapatan mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata usaha perlu dilakukan supaya petani contohnya penanam kelapa mawar boleh menanam tanaman lain di kawasan yang sama sementara menunggu pokok kelapa mengeluarkan buah selepas berusia empat tahun.

"Takkan empat tahun nak hadap pokok kelapa...UPM mungkin boleh mencadangkan satu cara seperti penanaman jagung yang boleh dituai selepas tiga bulan," katanya ketika berucap pada program Majlis Juara Rakyat Kementerian Bersama Pakar Pertanian UPM di sini malam semalam.

Noh berkata UPM juga boleh memainkan peranan untuk memajukan teknologi pertanian supaya petani tidak perlu bergelumang dengan lumpur untuk mengerjakan sawah dan ladang dengan penggunaan jentera moden.

Pada majlis itu Noh menyampaikan Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM633,870 kepada 368 petani dan Geran Pembangunan Jabatan Pertanian bernilai RM265,000 kepada 39 peserta dari Parlimen Tanjong Karang.

Pada program dua hari itu, seramai 1,000 peserta dijangka hadir bagi menyertai dialog, forum dan bengkel pengembangan pertanian yang diadakan khusus kepada golongan pegawai pertanian dan petani. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan