Pameran Seni Cetak Di Universiti Malaya Mulai 23 Februari

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM) akan menganjurkan Pameran Seni Cetak di kampus itu bagi mengetengahkan karya cetak tempatan sambil mendedahkan dunia seni itu kepada generasi muda.

Menurut kenyataan universiti itu, pameran yang berlangsung selama sebulan mulai 23 Februari akan mempamerkan 80 karya pelukis dan citrawan muda dari UM, Akademi Seni Warisan Kebangsaan, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pameran itu akan turut disertai bekas Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob, yang terkenal dengan minatnya dalam bidang sastera dan seni halus.

Seni cetak menghasilkan karya seni dengan cara mencetak melalui pelbagai cara seperti monoprin, toreh kayu, saring sutera, kolograf, litograf dan gurisan. – BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan