UPM Hasil Produk Kurangkan Risiko Nyamuk

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, nyanyuk dan kanser serta melambatkan proses penuaan.

Produk itu yang dinamakan Fraksi Kaya Timoquinon merupakan produk nutraseutikal yang diekstrak daripada biji tumbuhan Habatussauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa.

"Biji Habatussauda kaya dengan khasiat bahan Timokuinon (TQ) yang mengandungi antioksida yang tinggi. Justeru kandungan antioksida yang tinggi dalam produk yang kami hasilkan mampu mengawal kandungan molekul radikal yang menjadi punca kepada penyakit kronik termasuk penyakit jantung, kanser dan diabetes," kata ketua penyelidik kajian itu, Dr Maznah Ismail.

Beliau yang juga merupakan Ketua Laboratori Bioubatan Molekul, Institut Bio Sains UPM berkata, Fraksi Kaya Timoquinon juga mampu melindungi daripada ketoksikan protein amiloid beta yang mejadi penyebab utama penyakit Alzheimer atau nyanyuk di samping ia berupaya melambatkan proses penuaan.

"Produk ini juga mempunyai nutrien termasuk karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Maznah berkata, walaupun terdapat produk lain yang berasaskan Habatussauda yang juga dikenali sebagai jintan hitam di pasaran, namun produk yang dihasilkan oleh UPM mempunyai kadar kepekatan TQ yang lebih tinggi menerusi proses pengekstrakan yang lebih baik melalui teknologi Supercritical Fluid Extraction.

"Timoquinon adalah bahan yang sangat meruap dan teknologi yang kami gunakan berjaya memerangkap dan memekatkan kandungannya, malah ia juga bebas kontaminan, ekonomikal dan mesra alam.

"Selain itu, proses pengekstrakan kami juga sangat konsisten berdasarkan penghasilan produk dengan jumlah TQ yang sama untuk setiap keluaran.

"Ia tidak seperti proses pengekstrakan yang lain yang boleh menghasilkan produk yang mengandungi kandungan TQ yang berbeza-beza," katanya.

Dr Maznah berkata, produk yang dihasilkan melalui kajian empat tahun bermula 2005 oleh sekumpulan lapan penyelidik termasuk pelajar dijangka dapat dipasarkan hujung tahun ini.

Beliau menjelaskan produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh UPM itu boleh digunakan oleh semua golongan, terutama golongan tua serta individu berisiko mendapat penyakit kardiovaskular di samping ia boleh diaplikasi dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan kesihatan.

Produk itu turut memenangi pingat emas dalam International Exhibition of Ideas Inventions New Products di Nuremberg, Jerman tahun lalu, dan memenangi dua pingat perat dalam Malaysian Technology Expo untuk tahun 2008 dan 2009, kata Dr Maznah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan