IPT Perlu Luaskan Skop Inovasi, Kreativiti

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hou Kok Chung (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai model pesawat tanpa pemandu Hawx pada Pameran Inovasi, Rekaan dan Kajian 2010 (IRIIE 2010) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak hari ini. Foto The Star
Hou Kok Chung (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai model pesawat tanpa pemandu Hawx pada Pameran Inovasi, Rekaan dan Kajian 2010 (IRIIE 2010) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak hari ini. Foto The Star

GOMBAK: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) digesa untuk memperluaskan skop inovasi dan kreativiti agar tidak terhad kepada bidang sains serta teknologi sahaja.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, idea-idea lama atau baru daripada pelbagai bidang seperti sains sosial dan kemanusiaan juga boleh dikembangkan serta ditafsirkan semula agar ia dilihat sama penting dalam aspek inovasi dan kreativiti serta mampu membangunkan masyarakat.

"Masyarakat yang berkembang bukan saja perlu pamerkan pencapaian teknologi, tetapi apa yang penting ialah perlu menunjukkan nilai-nilai yang bermoral dan tahap intelektual yang tinggi.

"Dalam Islam juga sentiasa menggunakan pendekatan komprehensif, yang mana pelbagai subjek dan bidang sering diiktiraf atas sumbangannya membangunkan masyarakat," kata Mohamed Khaled sempena pelancaran Pameran Inovasi, Rekaan dan Kajian 2010 (IRIIE 2010) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya, Datuk Dr. Hou Kok Chung.

Pameran tersebut berlangsung selama dua hari bermula pada hari ini membabitkan penyertaan oleh pelbagai kulliyyah UIAM.

Sebanyak 14 kulliyyah di UIAM menyertai IRIIE 2010 yang julung kali diadakan itu, antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada penyelidik untuk berinteraksi dan bertukar idea sesama mereka selain mempamerkan hasil kajian masing-masing.

Menurut Mohamed Khaled, beliau berbangga kerana UIAM telah mengambil inisiatif untuk melebarkan skop inovasi dan kreativiti melalui penganjuran IRIIE 2010 yang memberi penekanan kepada tiga kategori iaitu Sains Bersekutu dan Kesihatan; Sains Kemanusiaan; serta Sains, Kejuruteraan dan Teknologi.

"Banyak peluang untuk perkembangan kreativiti dan inovasi dalam pelbagai disiplin atau bidang.

"Idea-idea baru dan penggunaan imaginatif itu semua adalah antara bentuk inovasi yang akan menjurus kepada perkembangan modal insan.

"Namun, tatkala kita mencuba pelbagai potensi idea dan kajian, terutamanya menerusi usaha kerjasama dengan sektor awam mahupun swasta, kita perlu berhati-hati dengan batasannya.

"Universiti tidak boleh berkembang jika hanya melihat kepada sektor korporat sebagai contoh tanpa memahami kekuatan dan kelemahannya," katanya.

Mohamed Khaled turut menggesa semua universiti untuk menjalinkan kolaborasi yang lebih dekat dengan industri-industri tertentu agar perancangan untuk meluaskan aspek inovasi itu tercapai.

"Saya ingin menggalakkan semua universiti untuk mempunyai eko-sistem inovasi yang baik, yang mana semua penyelidik, penuntut dan pemain-pemain industri bekerjasama untuk menghasilkan idea yang boleh memberi faedah kepada masyarakat," ujarnya.

Dalam pada itu, Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata, universiti tersebut sudah banyak melakukan pelbagai inovasi, namun memerlukan masa untuk mengkomersialkan hasil tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan