suria

Santapan Ramadan berpatutan Swiss Garden Lumut

SEMPENA Ramadan kali ini, Swiss Garden Beach Resort Damai Laut di Lumut menawarkan kepelbagaian sajian menerusi bufet "Ramadan Santapan Malaysia".

Bertempat di The Garden Terrace, salah satu hidangan utamanya ialah kambing panggang.

Menurut Pengurus Komunikasi Pemasaran dan e-dagang, Cynthia Baring Gould, mereka menyediakan lebih 80 hidangan menerusi bufet itu.

Di Grill Station misalnya, ia menawarkan pelbagai daging dan makanan laut dengan aneka sos pencicah.

"Kita ada menyediakan rendang tok, kurma berkualiti dari Mesir dan macam-macam lagi.

"Selain itu, terdapat juga asam laksa Penang, murtabak ayam dan cendol Sitiawan," ujarnya.

Menurut Chef Mohamda Izan, penggunaan herba dan rempah ratus menerusi bufet berkenaan bertujuan untuk mengekalkan keaslian rasa juadah yang mereka sediakan.

Ternyata, sajian Melayu yang ditawarkan menerusi bufet itu sangat membangkitkan selera.

Malah, harganya juga sangat berpatutan jika dibandingkan dengan harga bufet di tempat lain.

Bagi mereka yang berminat, harga bufet untuk dewasa ialah RM65 manakala untuk kanak-kanak pula serendah RM35.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi 05-684 3333 sambungan 343.

Swiss Garden Lumut, Ramadan

Artikel Lain