suria

Promosi menarik bufet Ramadan Berjaya Penang Hotel

BERJAYA Penang Hotel yang dahulunya dikenali dengan nama Georgetown City Hotel tampil dengan tawaran bufet Ramadan dengan harga yang sangat berpatutan serendah RM58 sahaja.

Promosi beli lima percuma satu dan beli sembilan percuma satu turut ditawarkan buat pengunjung.

Harga untuk kanak-kanak dan warga emas ialah RM30 dan RM45.

Bertempat di The Cafe, mereka tampil dengan tema Selera Ramadan sehingga 13 Jun ini.

Chef Eksekutif, Carson Ng bersama cheg Mat Yatim Che Mat dan Chef Sous Junior, Azli Abu Bakar bergabung kepakaran dalam menghasilkan juadah kampung tradisional khusus buat pengunjung yang datang.

Antara sajian kegemaran ramai ialah gulai nangka muda dengan ikan bilis, ayam masak merah, belitung goreng bercili, ikan asam pedas, sambal udang petai dan kari kambing.

Hidangan lain termasuklah gulai kawah ayam, paru goreng berempah, ikan bawal masak kicap, ayam rendang, udang masam manis, sotong masak kunyit and kari kepah.

Bagi melengkapkan juadah berbuka puasa, ulam-ulaman, kerabu ayam, pasembur, salad ayam Mediterranean dan cucur udang juga ada.

Untuk mereka yang suka hidangan barat, terdapat juga stew daging lembu, daging bakar dengan sos lada hitam, lamb chop, pasta Itali dan fillet ikan rangup dengan sos Thai.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati tulang lembu, sup ayam berkentang, sup daging, sup kambing serta bubur lambuk.

Shawarma ayam, asi kacang, mee ketam, laksa Johor dan mee Hokkien juga ditawarkan di situ.

Pendek kata, variasi juadah dengan harga rendah sudah tentu memberi keuntungan kepada pengunjung.

Dalam pada itu, Berjaya Penang Hotel  turut menawarkan bufet Selera Aidilfitri bermula 15 Jun sehingga 15 Julai ini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 04-2207373 atau email kepada pg.f&[email protected].


Berjaya Penang, Ramadan

Artikel Lain