Masak Lemak Ketam Telur

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 1:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERTENGAHAN Ramadan ini apa kata ketam menjadi menu pilihan untuk dihidangkan waktu berbuka.

Biasanya ketam yang dibeli pada masa itu memang berbaloi kerana isinya yang padat dan ada yang bertelur, jadi pastinya lebih berselera dimakan beramai-ramai.

Kalau biasanya dimasak cili, kali ini kita cuba pula masakan lemak ketam dengan kelainannya dimasukkan telur untuk menambahkan kepekatan hidangan.


Bahan-bahan: 

4 ekor ketam (dibuang kulit keras dan dipotong dua) 
3 sudu cili kisar 
7 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 sm halia dikisar
3 batang serai dititik
2 biji telur 
2 cawan santan
potongan nenas
garam 
asam keping
sedikit gula 
sedikit minyak untuk menumis 

Cara memasak: 

Kisar cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya. Masukkan secawan air, serai, asam keping dan biar mendidih. Seterusnya masukkan ketam, santan, gula dan garam secukup rasa. Bila sudah sebati, masukkan nenas dan akhir sekali telur yang dah dipukul dan acau supaya telur tidak berketul. 

Tags / Kata Kunci: Ramadan , masak lemak ketam bertelur

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan