suria

Mangsa serangan beruang 'mereput' sebulan dalam gua, terpaksa minum air kencing untuk terus hidup

Alexander berjaya diselamatkan oleh sekumpulan pemburu Rusia.

SEORANG lelaki yang hanya dikenali sebagai Alexander diheret ke dalam sebuah gua oleh seekor beruang.

Menerusi serangan itu, dia mengalami patah tulang belakang.

Sepanjang sebulan berada dalam gua itu, dia bertahan dan masih hidup dengan menelan air kencing sendiri.

Alexander ditemui oleh sekumpulan pemburu Rusia sebelum dia diselamatkan.

Dia pada mulanya disangka mumia sebelum dibawa ke hospital.

Menurut pakar perubatan, Alexander disifatkan sebagai satu keajaiban kerana masih lagi bertahan selepas sebulan terbiar dalam keadaan sebegitu.

Wilayah Tuva, lokasi dia ditemui merupakan salah satu lokasi pelancongan kegemaran Vladimir Putin.

Lokasi sebenar kejadian bagaimanapun tidak didedahkan. - Daily Star.

Artikel Lain