suria

Aksi 'Superman' bapa berjaya selamatkan anak daripada lemas

Aksi pantas Passavanti berjaya menyelamatkan anaknya.

TINDAKAN pantas seorang bapa berjaya menyelamatkan anaknya daripada lemas di sebuah kolam renang.

Albert Passavanti berkata, dia menyedari anaknya, Rocco tergelincir ke dalam kolam renang di kediaman mereka di Palm County Florida Ahad lalu.

Ketika insiden dia berada berdekatan dengan kolam renang, manakala Rocco sedang bermain bola.

Rocco (kiri) dan bapanya.

Namun ketika Rocco yang berusia setahun cuba menangkap bola, dia terjatuh ke kolam renang.

Sebaik sahaja melihat kejadian itu, Passavanti terus melakukan aksi ‘Superman’ terjun ke kolam menyelamatkan anaknya.

“Saat ternampak, terus mendapat kekuatan Superman dan hanya fokus mendapatkannya,” ujar Passavanti kepada WPTV.

Passavanti memberitahu dia sentiasa memantau anaknya dan tindakan pantas itu berjaya menyelamatkan Rocco daripada mengalami sebarang kecederaan serius. –metro.co.uk

Anak lemas, bapa superman

Artikel Lain