suria

Wanita ajar cara mudah kesan masalah sistem pencernaan, hanya gosok kunyit hidup pada kuku

Kunyit digunakan bagi mengetahui tahap kesihatan sistem pencernaan manusia.

KUNYIT merupakan bahan semulajadi yang terkenal dengan pelbagai manfaat.

Selain digunakan secara meluas dalam bidang masakan, herba dapur ini juga sering dijadikan bahan rawatan kecantikan kerana mampu mencerahkan kulit wajah selain menjadi agen mencegah penuaan, mengurangkan hiperpigmentasi dan mengatasi jerawat.

Menerusi hantaran tular, pemilik akaun Instagram Almadina Ilham mendedahkan kunyit dapat membantu seseorang mengetahui keadaan kesihatan sistem pencernaan secara langsung sebelum melakukan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital.

Video tersebut dibuat berdasarkan perkongsian seorang pakar perubatan dikenali Dr Zaidul Akbar.

Warna kunyit pada kuku petanda kesihatan sistem pencernaan.

Warna kunyit pada kuku petanda kesihatan sistem pencernaan.

Anda yang ingin mengetahui masalah kesihatan sistem pencernaan bolehlah mencuba kaedah ini.

1. Ambil kunyit hidup dan potong dua.

2. Oleskan bahagian dalam kunyit tadi pada permukaan kuku beberapa kali.

3. Kemudian lap kuku anda dengan tisu atau kain sehingga kering.

4. Jika warna kuku anda kuning, maka sistem pencernaan anda masih baik tetapi kesan kuning akan hilang jika anda mengalami masalah ini.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa petua tersebut telah dicuba pada beberapa individu yang mengalami masalah pencernaan sekali gus membuktikan keberkesanan kaedah yang diamalkan.

Anda yang mencuba petua ini dan mendapati terdapat masalah berkaitan, segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan pemeriksaan lanjut serta rawatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain