suria

AstraZeneca tarik semula vaksin Covid-19 di seluruh dunia

Suntikan vaksin diberikan kepada masyarakat ketika pandemik Covid-19.

SYARIKAT farmaseutikal gergasi, AstraZeneca menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia, berkuat kuasa pada Selasa.

Pengumuman tersebut dibuat susulan syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.

Namun, syarikat gergasi farmasi itu berkata bahawa vaksin berkenaan dikeluarkan daripada pasaran atas sebab komersial.

Menurut laporan Telegraph, vaksin berkenaan tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat tersebut secara sukarela menarik balik 'kebenaran pemasaran'.

ARTIKEL BERKAITAN: AstraZeneca mengaku vaksin Covid-19 ada kesan sampingan, tapi sangat jarang berlaku

Permohonan untuk menarik semula vaksin itu dibuat pada 5 Mac lalu dan berkuat kuasa pada Selasa (7 Mei).

Selain itu, permohonan sama akan dikemukakan di United Kingdon (UK) dan negara lain yang sebelum ini telah meluluskan vaksin, yang dikenali sebagai Vaxzevria.

Berkenaan isu keputusan dibuat 'semata-mata kebetulan', farmasi gergasi itu menegaskan bahawa penarikan vaksin tidak dikaitkan dengan pengakuannya bahawa ia boleh menyebabkan Sindrom Thrombosis Thrombocytopenia (TTS). -Reuters

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain