suria

Ayam panggang asyik tak menjadi, wanita kongsi tip masak guna air fryer... Penutup besi rahsianya!

Rahsia memasak ayam panggang sempurna adalah menggunakan penutup jaring besi. -Gambar Salmy Saznira

PENGGUNAAN alat penggoreng tanpa minyak atau ‘air fryer’ sememangnya banyak memudahkan tugas memasak.

Namun, masih ramai kurang arif mengenai penetapan masa dan suhu yang sesuai bagi sesuatu jenis masakan.

Ada kalanya makanan yang dimasak berbau hangit biarpun baru separuh jalan, ada kalanya terlebih masak pula sehingga tekstur makanan menjadi keras dan tidak ‘juicy’.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak buat gulai macam air tangan mak, ikuti 6 petua ini... Rupanya kena tunggu 2 kali pecah minyak

Kebiasaannya masalah ini terjadi jika memasak ayam atau daging terutamanya dalam saiz yang agak besar.

Memahami masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu, seorang wanita, Salmy Saznira, berkongsi tip untuk memasak seekor ayam di dalam air fryer.

“Selepas berkali-kali eksperimen ayam panggang yang Kakmie buat, jadi kakmie telah jumpa satu cara yang paling best dan ia sangat-sangat membantu.

“Tipsnya adalah dengan menutup bahagian atas ayam untuk kita panggang. Bagaimana nak tutup? Kakmie telah menggunakan satu penutup jaring besi (stainless steel),” kongsinya.

Menurut wanita tersebut, penutup jaring besi itu boleh dibeli di pasar raya.

AIR FRYER

Penggunaan air fryer memudahkan tugas memasak pada ketika ini. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, anda perlu memastikan saiz penutup jaring besi tersebut lebih kecil daripada saiz bakul air fryer.

Seterusnya, Kakmie berkongsi tip bagaimana memasak ayam panggang yang sempurna:

1) Mula-mula tetapkan suhu air fryer 200 darjah celcius selama 20 minit.

2) Sapukan butter pada penutup jaring besi dan tetapkan lagi suhu 190 darjah celcius selama 5 minit.

3) Kemudian balikkan ayam dan sapu jus serta lebihan butter cair dekat ayam.

4) Tutup semula ayam dengan penutup jaring, tetapkan suhu 200 darjah celcius selama 20 minit.

5) Buka penutup jaring dan sapukan cecair butter sekali lagi, tetapkan 190 darjah celcius selama 5 minit.

6) Tip ini sesuai untuk ayam bersaiz sekitar 1.3 kilogram hingga 1.6 kilogram. Jika ayam besar, perlu tambah lagi masa.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain