Peminat muzik dan piring hitam, jom meriahkan DISQOVR x Musika hujung minggu ini

DISQOVR x Musika akan berlangsung pada Sabtu.

BAGI peminat piring hitam klasik, kaset-kaset lama serta CD sudah tentu anda tidak mahu melepaskan peluang keemasan sekali setahun ini dengan berkunjung ke DISQOVR x Musika bersempena Hari Rekod Store Sedunia pada April.

Acara DISQOVR x Musika ini bakal berlangsung di Gasket Alley, Petaling Jaya pada 6 April ini, bermula jam 4 petang hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Para penggemar serta pengumpul rekod muzik dalam dan luar negara boleh memilih sendiri rekod muzik dari 30 vendor yang terdiri daripada komuniti peminat muzik, pengumpul persendirian dan stor-stor indie seperti Teenage Head Records, LP Freak Store, New Leafz dan Sputnik Records.

DISQOVR x Musika mempunyai peminatnya tersendiri.

Selain itu, DISQOVR x Musika juga dimeriahkan lagi dengan kumpulan muzik Indie serta persembahan deejay Malaysia dan Singapura seperti Pastel Lite, Son Of A Policeman (SOAP), Disco Santan, Spinnin’ Cupid’s Bow, DJ Kurt (Singapura) dan KiDG (Singapura).

Sementara itu, buat julung kalinya Musika menampilkan kumpulan indie Ferns yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air suatu ketika dahulu.

Menurut pengasas bersama Musika, Nurul Jannah, acara yang dianjurkan oleh pengumpul muzik untuk pengumpul muzik sentiasa menjadi satu acara yang istimewa.

"Anda juga boleh mendapatkan makanan dan minuman di sekitar Gasket Alley namun sejujurnya, anda hanya perlukan muzik sebagai makanan kepada jiwa.

"Acara ini juga disokong oleh Fred Perry dan FWD," ujarnya. 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari laman Facebook dan Instagram Musika.

disqovr, musika, piring hitam, kaset

Artikel Berkaitan

Artikel Lain