suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tepis dakwaan hubungan dilanda masalah, Ronaldo muat naik foto romantis bersama Georgina

Timbul gosip liar mengatakan hubungan Ronaldo dan Georgina dilanda masalah.

CRISTIANO Ronaldo menepis khabar angin mengenai hubungannya dengan Georgina Rodriguez yang dikatakan di ambang keretakan.

Menerusi satu perkongsian terbaharu di Instagram, bintang Al-Nassr itu memuat naik gambar romantiknya dengan Georgina.

Pasangan tersebut kelihatan berciuman sambil menikmati hidangan di sebuah restoran mewah.

"Cheers to love," demikian kapsyen yang ditulis Ronaldo mengiringi gambar tersebut.

Georgina sebelum ini juga menolak dakwaan kononnya hubungannya dengan Ronaldo sedang bermasalah.

Model jelita itu menulis di media sosial: "Orang dengki mengada-adakan khabar angin dan menyebarkan gosip."

Ronaldo dan Georgina berpasangan sejak 2017 dan mereka mempunyai dua orang anak bersama.

Pasangan itu juga membesarkan tiga yang lain, iaitu anak Ronaldo menerusi kaedah ibu tumpang. - Sportskeeda

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain