suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United sambar Harrison Parker dari Arsenal

PARKER memuat naik gambarnya dengan kemeja Manchester United di laman Instagram. — Agensi

MANCHESTER United berjaya mendapatkan pemain muda, Harrison Parker yang dikatakan mempunyai bakat besar apabila kontraknya tamat bersama Arsenal pada musim panas ini.

Parker, 15, mendedahkan perpindahannya ke United di laman Instagram pada Isnin, yang mengesahkan bahawa dia memperoleh kontrak bersama kelab itu setelah melakukan percubaan.

Dia memuat naik gambar dirinya dengan jersi United bernombor 5 selain bercakap mengenai keterujaannya untuk berpindah.

ARTIKEL BERKAITAN: "Paling mudah pecat Koeman..." Busquest akui semua pemain perlu bertanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Djokovic tarik diri Terbuka BNP Paribas

"Teruja secara rasmi menyertai @manchesterunited. Kisah baru kini bermula dan usaha keras akan diteruskan."

Remaja itu memutuskan untuk keluar dari The Gunners awal tahun ini dan merealisasikan hasratnya itu apabila menolak baharu kelab London itu.

United bergelut untuk memancing pemain muda England ke kelab itu, tetapi dengan kehadiran Parker kini bakal membuka ruang untuk menari lebih ramai pemain berbakat ke Old Trafford. — Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Man United, Harrison Parker, Arsenal

Artikel Lain