suria

"Muda dan sempoi..." Aksi Jurulatih Jerman ini jadi tumpuan peminat

Julian Nagelsmann tiba ke latihan pasukan di Sabaner Strasse dengan cara berbeza, menaiki papan selaju.

KETIKA dirinya sedang menikmati detik gemilang pada musim pertama bersama Bayern Munich, Julian Nagelsmann nampaknya sudah mendapat ‘restu’ untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

Jurulatih berusia 34 tahun itu menyertai Bayern Munich dari RB Leipzig itu juga turut menarik perhatian ketika tiba ke latihan pasukan di Sabaner Strasse dengan cara berbeza, menaiki papan selaju.

Kualitinya sentiasa meraih minat banyak kelab dan peminat juga masih berharap penghijrahan Nagelsmann ke pertandingan tertinggi dapat direalisasikan.

Penyokong Manchester United dan Manchester City mendahului kelab lain menggesa Nagelsmann berpindah ke England.

Seperti dinyatakan, sebelum menyertai Bayern Munich untuk muncul jurulatih termuda di Bundesliga, Nagelsmann pernah dikaitkan berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

Malah Nagelsmann juga ada mengatakan yang perpindahan ke England pada masa akan datang adalah sesuatu yang menarik buat dirinya.

“Liga Perdana Inggeris adalah liha yang menarik dan saya boleh bayangkan suatu hari nanti ia menjadi sasaran utama untuk menjadi pengurus yang hebat Jurgen Klopp.

“Bola sepak tidak semudah itu. Berapa lama kamu akan jadi pengurus di Leipzig? Bila kamu akan ke Liga Perdana Inggeris? Saya boleh bayangkan akan ke Liga Perdana Inggeris.” – Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain