suria

Ibu pengurus Manchester City maut akibat Covid-19

Guardiola bersama ibunya (kiri). Foto: Susanna Saez/EPA

MANCHESTER City mengesahkan ibu Pep Guardiola meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

“Manchester City dengan sedih memberitahu ibu Pep, Dolors Sala Carrio,82, meninggal dunia di Manresa, Barcelona selepas dijangkiti koronavirus,” jelas satu kenyataan kelab.

“Semua orang di kelab meluahkan rasa simpati kepada Pep, keluarga dan kawan-kawan  yang melalui tempoh sukar ketika ini.”

Ibu Guardiola meninggal dunia akibat Covid-19.

Bulan lalu, Guardiola,49 menyumbangkan satu juta euro kepada hospital di Sepanyol untuk membeli peralatan perubatan untuk melawan pandemik Covid-19 ini.

Pada Isnin, Sepanyol mengumumkan penurunan jumlah kematian seramai 637 orang dalam tempoh 24 jam yang merupakan angkah paling rendah sepanjang dua minggu ini.

Rekod kematiaon Khamis lalu seramai 950 kematian yang menyaksikan jumlah keseluruhan maut 13,055 orang. Thejakartapost.

Pep Guardiola, Ibu, Maut, Covid-19

Artikel Lain