suria

Pemain pertahanan Valencia jadi pemain pertama La Liga positif Covid-19

Garay (tengah) yang menjalani pembedahan lutut ACL bulan lalu disahkan postif Covid-19 baru-baru ini. Foto: AFP

PEMAIN pertahanan Valencia, Ezequiel Garay menjadi pemain pertama di La Liga yang disahkan positif koronavirus selepas kelab Sepanyol itu mengesahkan terdapat lima kes positif.

Garay, 33, yang menjalani pembedahan lutut iaitu Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada bulan lalu memberitahu di Instagram peribadinya bahawa dia talah dijangkiti wabak tersebut.

"Saya mulakan tahun 2020 dengan langkah yang salah. Saya telah disahkan positif koronavirus dan perlu mengikuti arahan langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa," ujar pemain yang berasal dari Argentina tersebut.

Tidak lama selepas itu, Valencia telah mengeluarkan stu kenyataan yang memberitahu sekurang-kurangnya lima orang kakitangan kelab tersebut positif Covid-19.

Pada minggu lalu, La Liga telah membuat penangguhan bagi setiap perlawanan liga sekurang-kurangnya untuk dua perlawanan berikutan penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, pemain-pemain Real Madrid telah dikuarantin sejak Khamis selepas salah seorang daripada pemain bola keranjang mereka disahkan positf.

Sepanyol yang mencatatkan kes kedua tertinggi selepas Itali telah mengisytiharkan darurat pada Sabtu lalu. - ESPN

Covid-19, La Liga, Valencia

Artikel Berikut

Artikel Lain