suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan lagi pemain pilihan, Ozil mahu terus sabar di Arsenal sehingga Emery dipecat

penyokong The Gunners menunjukkan plakad kepada Unai ketika aksi Liga Europa Khamis lalu.

PERANCANG utama Arsenal Mesut Ozil dijangka akan terus berada di Stadium Emirates sehingga pengurusnya dipecat.

Pemain berusia 31 tahun itu bukan lagi menjadi pilihan utama skuad The Gunners sejak kehadiran Unai Emery.

Situasi itu mengundang pelbagai persoalan daripada penyokong-penyokong Arsenal dengan ketiadaan Ozil dalam barisan utama walaupun pemain itu cergas sepanjang musim.

Lebih mengecewakan semua penyokong apabila, ketiadaan Ozil tidak mampu menjadikan Arsenal berada dalam kelompok yang lebih baik.

Arsenal kini berada di kedudukan kelima liga minggu ini.

Biarpun bukan lagi menjadi pilihan utama Emery, bekas pemain Jerman itu mengakui dia tetap gembira berada di Arsenal.

Pemain berusia 31 tahun itu tiba London dari Real Madrid sejak tahun 2013.

Pemain yang menerima gaji paling mahal di kelab ini masih mempunyai kontrak sehingga 2021.

Dalam tempoh itu, Ozil tidak merancang untuk berpindah ke kelab atau liga lain.-Daily Star

mesut ozil, Arsenal, Unai Emery

Artikel Lain