suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alonso dedah Henderson kunci utama The Reds

Alonso dedah Henderson merupakan kunci utama Liverpool.

XABI Alonso mendedahkan bahawa Jordan Henderson mungkin menjadi kunci utama Liverpool dalam perebutan trofi Liga Perdana musim ini.

Musim lalu Henderson antara ayam tambatan The Reds dalam menghalang Manchester City ketika saingan sengit aksi liga yang turut menyaksikan Liverpool berjaya merangkul gelaran Liga Juara-Juara.

Alonso yang turut membantu Liverpool merangkul trofi Liga Juara-Juara itu percaya Henderson merupakan kunci untuk membuka laluan ke pentas akhir buat Jurgen Klopp.

“Henderson menjadi perhatian di bilik persalinan.

“Saya fikir dia sangat dihormati, dan penting bagi rakan-rakan sepasukannya – itulah yang saya nampak ketika melihatnya.

“Cara mereka bermain sangat penting, serta tenaga yang dia ada.

“Dia mampu ke depan, bukan di bahagian belakang yang mempunyai tekanan lebih tinggi.

“Caranya berhubung dengan tiga lagi pemian di bahagian depan, dan mereka bermain sangat jelas,” ujarnya. – express.co.uk

Artikel Sebelum

Neymar terus kekal di PSG?

Artikel Lain