Jijoe raih perak acara keirin

Mohd Azizulhasni Awang.

KUALA LUMPUR: Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat perak acara keirin lelaki pada siri keempat Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia UCI di Lee Valley Velopark, Stratford, London, pada Sabtu.

Pingat emas dan gangsa acara itu masing-masing dimenangi pelumba Belanda, Matthijs Buchli serta Theo Bos.

"Mengambil semangat daripada pasukan Harimau Malaya (bola sepak negara) yang beraksi di AFF Suzuki Cup, saya telah berjaya mendapat pingat Perak dalam acara Keirin di Kejohanan UCI Track Cycling World Cup London 2018 di mana kejohanan ini disertai sebanyak 47 negara.

"Saya gembira kerana pencapaian ini adalah satu peningkatan selepas mendapat pingat gangsa di siri World Cup yang lepas di Berlin, Jerman.

"Sesungguhnya ini adalah indikasi yang saya berada di landasan yang betul dalam misi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020," pelumba berusia 30 tahun itu dipetik sebagai berkata dalam laman Facebook miliknya.

Terdahulu, dalam saringan pusingan pertama, pelumba kelahiran Kuala Dungun, Terengganu itu sekadar menduduki tempat ketujuh dan memaksa beliau melalui pusingan "repechage" untuk meraih tempat di separuh akhir.

Beliau kemudian berjaya meraih tempat ke saingan akhir selepas memenangi saringan kedua peringkat separuh akhir. - BERNAMA

Azizulhasni, keirin

Artikel Berikut

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain