suria

Mourinho risau kalah teruk

JOSE Mourinho mengakui skuadnya kemungkinan akan tewas dengan jumlah yang tidak 'cantik'.

Manchester United berdepan dengan lima perlawanan pra musim di Amerika Syarikat yang menyaksikan mereka seri dengan aksi pertama Club Amerika di Phoenix awal pagi ini.

United turun beraksi tanpa 12 bintang utamanya termasuk Alexis Sanchez yang berdepan dengan masalah visa.

Mourinho juga percaya semua lawannya dalam perlawanan ini - San Jose Earthquake, AC Milan, Liverpool dan Real Madrid telah melakukan persiapan rapi dan telah memberi peringatan awal kepada penyokong-penyokongnya.


Musim lalu, ketika aksi sama, United menang bertemu LA Galaxy, Real Salt Lake, Manchester Citu dan Madrid sebelum tewas 1-0 kepada Barcelona.

"Mereka (Club Amerika) berasa di tahap akhir persiapan pra musim, San Jose juga dalam pertengahan musim, dan AC Milan hadir dengan pemain utama kerana Itali tidak beraksi dalam Piala Dunia," jelasnya selepas terikat seri  1-1 dengan Club Amerika.

Mengenai persiapan pra musim yang tidak lengkap itu Mourinho berkata: "Semuanya berada dalam keadaan tidak baik dan kami perlu beraksi dalam Liga Perdana.

"Pihak penyiar tidak melayan baik kai pada perlawanan Jumaat dengan pelbagai keadaan sukar dilalui, jadi saya bimbang.

"Saya bukan bimbang Liverpool, Real Madrid atau AC Milan ada di sini tetapi saya risau kami akan tewas teruk.

"Kerana kami tidak cukup latihan dan beraksi dalam Liga Perdana tanpa pemain yang ramai."

Manchester united, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Forson luar biasa!

Artikel Lain