suria

Sanchez kena tinggal

ALEXIS Sanchez tidak dapat menyertai rakan sepasukan terbang ke Amerika Syarikat berikutan masalah visa.

Pemain antarabangsa Chile itu ditinggalkan pasukan Manchester United  dan terpaksa menjalani latihan seorang diri di pusat latihan Carrington.

Skuad Jose Mourinho berkunjung ke Amerika bagi menjalani beberapa perlawanan pra musim sebelum musim baharu Liga Perdana Inggeris bermula Ogos ini.


Masalah visa tersebut kini dalam proses penyelesaian bersama peguamnya, Ruben Inostroza Povea dan pasukan undang-undang kelab.

Ia berkaitan dengan hukuman penjara 16 bulan pada Februari lalu yang dikenakan oleh pihak berkuasa Sepanyol berikutan isu cukai sebanyak 885,000 pound ketika bermain bersama Barcelona sebelum ini.

United bakal berdepan dengan Club Amerika, San Jose Earthquakes, AC Milan, Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich sepanjang tempoh pra musim ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain