suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Carragher Ludah Muka Remaja Perempuan Penyokong Manchester United

JAMIE Carragher dirakam meludah ke arah penyokong remaja perempuan Manchester United.

Kejadian itu berlaku ketika bekas pemain Liverpool yang kini menjadi pengulas di Sky itu sedang memandu  sebaik sahaja perlawanan Liga Perdana Inggeris berakhir dengan keputusan United menang (2-1).

Carragher mengeluarkan kepalanya dan meludah ke arah remaja perempuan yang berada di dalam sebuah kereta.

"Saya tidak pernah diludah sebelum ini. Kenapa dia perlu melakukan ini?. Seperti saya melakukan sebarang kesalahan," ujar pelajar sekolah itu.

Bagaimana pun Carragher,40, menghubungi keluarga remaja itu untuk meminta maaf dan mengaku apa yang berlaku itu tidak boleh diterima dan memalukan dirinya.

Dia tidak cuba mempertahankan dirinya tetapi tidak faham kenapa pemandu kereta itu cuba merakamnya tiga hingga empat kali.

Carrangher dijangka menjadi pengulas di Sky Monday Night menjelang perlawanan Manchester United bertemu Stoke City.

Dia telah bersama dengan program ini sejak tahun 2013 dan memberi kepuasan kepadanya dengan menerima gaji satu juta pound.

"Ia kelakuan yang tidak boleh diterima dan akan dibincangkan dengan Jamie," ujar jurucakap Sky.

Jamie Carragher, Ludah

Artikel Lain