suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar Keluar Dari Bayangan Messi Kalau...

Neymar. Foto Reuters

THIERRY Henry percaya bahawa satu-satunya cara Neymar keluar dari bayangan Lionel Messi adalah untuk menukar sukan sepenuhnya.

Neymar mengejutkan dunia bola sepak dengan meninggalkan Messi dan Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain pada Ogos lalu menerusi kontrak bernilai £198 juta.

Penghijrahan pemain Brazil itu merupakan sebahagian daripada kemahuannya untuk bermain jauh dari Messi.

Beliau mahu mengembangkan kariernya secara berdikari tanpa dipengaruhi Messi.

Bagaimanapun, Henry yang bermain bersama Messi di Barcelona selama tiga musim, percaya pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or itu akan berjaya dalam mana-mana sukan yang diceburinya.

"Saya tidak tahu jika Neymar meninggalkan Barcelona untuk keluar dari bayangan Messi," kata Henry kepada media Sepanyol, Marca.

"Apa yang benar ialah semua pemain berada dalam bayangan Messi, dan jika Neymar tidak mahu, dia perlu mengubah sukannya kepada yang lain," ujar Henry. - MailOnline UK


Neymar, Lionel Messi

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain