suria

Salah Dedah Klopp Punca Dirinya Jadi Penjaring Terbanyak

PENJARING tertinggi Liverpool, Mohamed Salah memuji taktik yang digunakan pengurus pasukannya, Juergen Klopp membentuk corak perlawanan yang prolifik.

Kata Salah, perubahan dalam posisinya membantu bintang itu menyumbat lebih banyak gol.

Pemain itu telah menjaringkan sebanyak 30 gol dalam 36 perlawanan sepanjang kemunculan awalnya pada musim ini di Liverpool dan menjadi penjaring kedua terbanyak liga dengan 22 jaringan iaitu satu jaringan kurang di belakang penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Mohamed Salah.

"Dengan adanya bos di sini, saya berpeluang menyumbat lebih banyak gol, lebih banyak daripada mana-mana kelab atau jurulatih yang pernah membimbing saya.

"Jadi saya sentiasa di depan gol dan ia memberikan saya lebih peluang untuk membuat jaringan.

"Pengurus sentiasa memberitahu saya untuk berada dekat dengan gol ketika masa latihan.

"Saya tidak mahu berkata banyak kerana masa masih panjang dalam musim ini dan saya tidak mahu terlalu memberi. Tapi ya, ia adalah sesuatu yang kami usahakan ketika sesi latihan," kata Salah kepada program perlawanan rasmi Liverpool.

Pemain berusia 25 tahun itu telah menjadikan Liverpool berada di tempat ketiga liga dan hampir mendapat tempat dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara selepas kemenangan 5-0 ke atas Porto pada leg pertama babak 16. - Eurosport

Mohamed Salah

Artikel Berikut

Isaac Teruskan Legasi Drogba

Artikel Lain