Adshead Siapkan Kerja Sekolah Dalam Bas Pasukan - Sukan | mStar

Adshead Siapkan Kerja Sekolah Dalam Bas Pasukan

PEMAIN termuda Liga Satu Inggeris, Daniel Adshead menyiapkan kerja sekolahnya di dalam bas pasukan setiap kali terlibat perlawanan.

Adshead berusia 16 tahun merupakan pelajar di sebuah sekolah di Manchester turut membantu kelabnya, Rochdale mara ke pusingan kelima Piala FA.

Rochdale bakal melayan Tottenham Hotspur awal pagi Isnin.

Biarpun apa sahaja keputusan perlawanan ini, Adshead perlu hadir meneruskan pembelajarannya di Kolej Wright Robinson.

Pemain senior Jim McNulty berkata, ketika rakan-rakan pasukan lain berehat, Adshead bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolahnya.

Adshead turut menjadi sebutan Arsenal dan Chelsea sebelum ini.

Timbalan pengetua kolej,  Martin Haworth memberitahu bahawa Adshead bakal berada di sekolah selama 15 jam selepas perlawanan.

"Kami harap Daniel dapat kembali ke sekolah pada Isnin dengan tidur yang cukup.

"Apa yang paling menarik mengenai Daniel ialah dia sentiasa hadir ke sekolah. Dia seorang yang berjaya di sekolah dan juga bola sepak," ujarnya.


Rochdale , Piala FA , Adshead

Artikel Sebelum

ACC: Fatehah Tersingkir Awal Acara Pecut

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel