suria

Liga Europa: Wenger Puas Hati Benam Kelab Sweden

Skuad Arsenal meraikan kemenangan ke atas Ostersunds pada aksi kalah mati Liga Europa awal pagi Jumaat.

ARSENAL mara ke pusingan kelompok 16 pasukan terbaik Liga Europa.

Pada aksi kalah mati di Arena Jamtkraft, skuad Asene Wenger berjaya mencatat kemenangan 3-0 ke atas Ostersunds.

Jaringan awal The Gunners hadir pada minit ke-13 menerusi Naco Monreal.

Kesilapan pemain tuan rumah minit ke-24 memberi kelebihan kepada Arsenal unttuk mengukuhkan kedudukan apabila Sotirios Papagiannopoulos menyumbat gol sendiri.

Manakala Mesut Ozil memastikan bekalan selesa untuk mara ke pusingan seterusnya dengan gol ketiga pada minit ke-58.

Keputusan tersebut ternyata mengejutkan Wenger.

"Ya, kami telah melakukan tugas yang sangat penting dengan baik. Kami bermula dengan baik dan mengawal permainan.

"Mereka menewaskan Hertha Berlin di sini dan mencatat seri2-2 ke atas Athletic Bilbao. Tetapi apabila kami mula menjaringkan gol, semuanya dapat dikawal.

"Secara keseluruhan kami bermain dengan serius dan menyelesaikan dengan baik," katanya.

Arsenal, Liga Europa

Artikel Sebelum

Keputusan Perlawanan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain