suria

Sanchez Lari Balik Rumah Sejauh 8KM Gara-Gara Tertinggal Kunci

Sanchez didakwa pernah berlari sejauh lapan km pulang ke rumahnya gara-gara tertinggal kunci di dalam kereta. - Premier League

ALEXIS Sanchez pernah tertinggal kunci dan telefon bimbitnya di dalam kereta yang berkunci dan pulang ke rumah dengan berlari sejauh lapan kilometer (km).

Rakannya di Red Devils mengesahkan insiden itu dan turut menceritakan kepada peminat pasukan tersebut.

Mereka memberitahu kepada wartawan Itali, Pietro Oleotto tentang perkara tersebut dan ia disiarkan menerusi program No 7's di kelab terdahulu pemain itu, Udinese.

Oleotto berkata kepada laman web rasmi United: "Pernah sekali selepas menjalani latihan, Alexis memandu ke Udine untuk membeli-belah.

"Tapi, dia tertinggal kunci dan telefon bimbit di dalam kereta. Saya tak pasti apa yang akan dilakukan oleh orang lain, tapi dia berlari balik ke rumah.

"Dia berjogging sejauh lapan km dari bandar ke rumahnya yang terletak di kawasan bukit.

"Orang awam yang teruja melihat dia berlari dalam pakaian kelabnya telah menghubungi pihak wartawan.

"Memang dia suka ubah satu-satu situasi kepada larian merentas negara."

Sementara itu, bintang baharu Manchester United tersebut berada dalam keadaan terbaik biarpun terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak berpindah daripada Arsenal pada Januari. - The Sun

Alexis Sanchez

Artikel Berikut

Artikel Lain