suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Cipta Rekod Baharu

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam enam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas pasukannya mengatasi Borussia Dortmund 3-2, awal pagi Khamis.

Walaupun tempat Real sudah terjamin ke pusingan 16 terakhir sebagai naib juara Kumpulan H di belakang Tottenham Hotspur, ia hari yang cukup menggembirakan buat Ronaldo.

Tiada pemain pernah menjaringkan gol dalam kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan setakat ini tetapi Ronaldo hanya mengambil masa selama 12 minit untuk meletakkan Real di depan.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak pada kejuaraan itu musim ini dengan lapan gol tetapi terus melebarkan penguasaannya menerusi satu lagi gol, awal pagi Khamis.

Bagaimanapun ia bukan persembahan terbaiknya kerana Ronaldo pernah meledakkan 11 gol pada musim 2015/2016.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain