suria

Bilic Tolak Tawaran West Brom

SLAVEN Bilic mahu meluangkan masa bersama keluarganya selepas meninggalkan West Ham.

Bilic menolak ajakan West Brom untuk berbincang mengenai jawatan pengurus di The Hawthorns.

Pemilik kelab dari China, Guochuan Lai berminat untuk membuka tawaran kepada pengurus berusia 49 tahun itu bagi menggantikan Tony Pulis yang dipecat Isnin lalu.

Namun Bilic dari Croatia memberitahu dia mahu menghabiskan masa bersama keluarganya sehingga tahun baru depan.

Bilic yang pernah bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris mewakli Everton dan West Ham mula melakar nama sebagai salah seorang pengurus selepas membawa kemenangan kepada Croatia 3-2 ketika bertemu England di Stadium Wembley pada tahun 2007.

Selepas itu, dia berada di Rusia dan Turkey dan menyertai West Ham pada tahun 2015.

Slaven Bilic, West Brom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemain Real Madrid Terima Habuan

Artikel Lain