suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Everton Ikat Bekas Pemain Tengah England

Tony Pulis

WEST Bromwich Albion mengikat bekas pemain tengah England dari Everton dengan kontrak setahun.

Gareth Barry yang mengumpul 53 kap kebangsaan,  masih kekurangan lima penampilan keseluruhan untuk menyamakan rekod Ryan Giggs sebanyak 632 aksi dalam Liga Perdana.


Sebelum ini, dia menolak tawaran untuk kekal di Everton berikutan mahu menjadi pemain yang kerap beraksi.

"Saya mahu membantu kelab lebih menonjol.

"Saya akan bekerja keras dan berkualiti. Sepanjang empat tahun berada di Everton ia sesuatu yang tidak akan dilupakan, lebih-lebih lagi sokongan penyokong," jelasnya yang melakukan 154 penampilan untuk Everton.

Pengurus kelab, Tony Pulis percaya pemain berusia 36 tahun itu paling sesuai untuk mengantikan Darren Fletcher yang berpindah ke Stoke City.

"Ada tempat kosong selepas kehilangan Fletch, tetapi Gareth akan mengisinya.

"Dia seorang pemain yang menakjubkan dan sikapnya yang sangat standard. Sebenarnya Everton menawarkan kontrak dua tahun untuknya.

"Dia benar-benar ingin beraksi dan saya bersedia bekerjasama dengannya," jelas Pulis.

Untuk rekod, Barry pernah beraksi untuk kelab Manchester City dan Aston Villa.

Gareth Barry, West Brom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain