suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Bida Pertahanan Baru Isnin Ini

CHELSEA dilapor akan membuat bidaan bernilai £50 juta untuk mendapatkan pertahanan baru daripada kelab Liga Perdana Inggeris pada Isnin ini.

Bidaan terbaru itu akan dilakukan selepas Antonio Conte mendapat lampu hijau daripada pemilik Chelsea untuk pembelian pemain.

The Blues dijangka akan mendapatkan pertahanan Tottenham, Dany Rose (gambar bawah) selepas kelab berkenaan menentang skuad bimbingan Mauricio Pochettino pada Ahad.

Conte mahu mendapatkan Rose bagi memperkemaskan formasi 3-5-2 yang menjadi keutamaan dia sejak musim lalu.

Usaha Chelsea bagaimanapun belum tentu diterima kerana Pochettino sebelum ini telah memberitahu tidak akan melepaskan Rose.

Selain Rose, Chelsea dijangka akan mendapatkan tiga pemain lagi sebagai persediaan menghadapi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Chelsea, Danny Rose, Tottenham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain