suria

Man City Buat Percubaan Terakhir

MANCHESTER City akan membuat tawaran terakhir kepada Arsenal dalam usaha mendapatkan Alexis Sanchez sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pep Guardiola kini dilihat masih terdesak untuk menambah pemain barisan hadapan untuk skuadnya.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menegaskan bahawa Sanchez tidak akan dijual musim panas ini, walaupun kontrak pemain antarabangsa Chile itu telah memasuki tempoh 12 bulan terakhir.

Wenger dan Arsenal juga dilihat sangat terdesak apabila menyekat Sanchez daripada menyertai mana-mana kelab pesaing Liga Perdana Inggeris.

Tetapi itu tidak akan menghalang City, atas arahan pengurusnya, Guardiola, untuk membuat percubaan terakhir ke atas Arsenal dengan tawaran kira-kira £60 juta sebelum akhir bulan ini.

City juga bersedia untuk menyerahkan kontrak bernilai sekitar £400,000 seminggu kepada Sanchez, termasuk bonus dan hak imej.

Sanchez terlepas perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim ini kerana kecederaan, namun berada di Emirates untuk menyaksikan kemenangan 4-3 yang mendebarkan ke atas Leicester City.

Dia juga dijangka terlepas perlawanan dengan ke Stoke City pada Sabtu dan ia telah membangkitkan kebimbangan di kalangan peminat Arsenal yang mendedahkan pemain itu berada di Paris pada hujung minggu.

Tetapi minat Paris St-Germain terhadap Sanchez telah berkurangan sejak mereka menandatangani Neymar dan hanya City yang nampaknya bebas untuk cuba menandatangani pemain berusia 28 tahun itu.

Chelsea juga telah menunjukkan minat mendalam terhadap Sánchez, tetapi merasakan usaha untuk mendapatkan pemain itu hanya sia-sia.

City telah menghabiskan kira-kira £220 juta untuk pemain baru musim panas ini, tetapi Guardiola masih melihat Sanchez sebagai tambahan penting ketika dia berusaha membina skuad yang mampu memberikan cabaran dalam Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Pasukan baru Guardiola telah membuka kempen Liga Perdana dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton yang baru dipromosi, di mana Sergio Agüero menjaringkan gol.

Alexis Sanchez, Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain