suria

Ronaldo Bakal Terlepas Sehingga 12 Perlawanan

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo boleh digantung antara empat dan 12 perlawanan La Liga selepas menolak seorang pengadil yang mengarahkannya supaya meninggalkan padang ketika aksi pusingan pertama Piala Super Sepanyol menentang Barcelona.

Ronaldo dilayangkan kad kuning pertama selepas meraikan jaringannya pada minit ke-80 di Camp Nou ketika Real Madrid menang dengan 3-1.

Malah Ronaldo turut dikenakan kad kuning kedua kerana sengaja menjatuhkan dirinya dan menolak pengadil Ricardo de Burgos Bengoetxea yang memasukkan insiden itu dalam laporannya.

"Sebaik sahaja kad merah dilayangkan, pemain itu menolak saya sebagai tanda tidak berpuas hati," tulis Ricardo.

Artikel 96 Peraturan-Peraturan Liga Sepanyol berkata kelakuan itu boleh menyebabkan pemain digantung antara empat dan 12 perlawanan.

Pada April lalu, pemain Las Palmas Marko Livaja turut berdepan kesalahan sama dan dikenakan penggantungan lima perlawanan.

Ronaldo akan digantung satu perlawanan pada pusingan kedua Piala Super Sepanyol kerana dua kad kuning yang dilayangkan terhadapnya.

Namun jika penggantungan tambahan dikenakan, Ronaldo bakal terlepas empat perlawanan pertama La Liga menentang Deportivo La Coruna, Valencia, Levante dan Real Sociedad.

Jika pegawai Sepanyol mengambil tindakan yang lebih serius, penggantungan sebanyak 12 perlawanan akan menyaksikan ketiadaan kelibatnya di atas padang sehingga aksi di Santiago Bernabeu menentang Malaga pada 26 November ini.


Cristiano Ronaldo

Artikel Lain