suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Digantung Lima Perlawanan

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo akan digantung lima perlawanan selepas menolak pengadil sebagai tanda tidak berpuas hati diperintah keluar padang pada aksi pusingan pertama Piala Super Sepanyol menentang Barcelona, Ahad.

Ronaldo sudah dilayangkan kad kuning pertama kerana menanggalkan jersinya selepas menjaringkan gol ketika pasukan itu menang 3-1 ke atas Barca di Camp Nou.

Malangnya, dia dilayangkan kad kedua pada minit ke-82 selepas dilihat sengaja menjatuhkan diri apabila diasak pemain pertahanan Barca, Samuel Umtiti.

Pemain kebangsaan Portugal itu bertindak menolak pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea selepas tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut sebelum meninggalkan padang.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (REEF) membuat keputusan mengenakan penggantungan lima perlawanan, satu di atas dua kad kuning yang diterimanya dan empat lagi kerana menolak pengadil.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain