suria

Lucozade Minuman Isotonik Untuk Atlet Tanpa Batas

Dari kiri: Adele Cheah, Rodney Tan, Edan Syah dan atlet triatlon Hafiza Othman pada majlis pelancaran Lucozade Khamis lalu.

PETALING JAYA: Pelari marathon terpantas Malaysia 2016, Edan Syah berkongsi pengalaman sebagai pelari jarak jauh dalam mengekalkan rentak lariannya.

Menurut Edan, pengetahuan mengenai cara hidrasi yang betul amat penting bagi memastikan seseorang atlet atau pelari terus bertenaga.

“Dalam larian, amat penting untuk kekal berhidrasi. Sebagai seorang pelari marathon, cara mengambil minuman mempengaruhi larian terutamanya untuk larian jarak jauh.

"Sebab itulah amat penting untuk pelari membuat pelan hidrasi dengan terancang," jelasnya yang mengambil minuman isotonik Lucozade Sport bagi mengekalkan tenaganya ketika berlari.


Jelas Edan, Lucozade Sport  merupakan salah satu minuman yang mampu membuat seseorang itu kekal konsisten sepanjang menjalani sebarang aktiviti.

“Tidak kira anda gemarkan isotonik biasa atau yang berkarbonat, sentiasa pastikan diri terus bertenaga.

"Saya gembira dengan keputusan Lucozade Sport untuk membawa varian berkarbonat bagi menambah pilihan kepada semua pelari atau atlet,” tambahnya selepas pelancaran kempen baharu Lucozade Sport, “Your Sport, Your Rules” Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pemasaran Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd, Rodney Tan berkata: "Kami sangat teruja dengan varian berkarbonat Lucozade Sport. Ia menawarkan rasa yang hebat dan menyegarkan untuk hidrasi yang pantas.

"Matlamat kami adalah sentiasa membekalkan pengguna dengan minuman isotonik yang membantu mereka sewaktu bersukan selain dari menghilangkan dahaga dengan cara yang lebih baik.

”Lucozade Sport varian berkarbonat ini dihasilkan dengan formula khas menerusi kajian mendalam sebelum diperkenalkan di Asia untuk kali pertama".


lucozade, Edan Syah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain