suria

Raikkonen Akui Tiada Masalah Dengan Marchionne

KIMI Raikkonen mengakui hubungannya dengan Presiden Ferrari, Sergio Marchionne berada dalam keadaan baik.

Sehingga kini, Raikkonen masih belum meraih sebarang podium berbanding rakan sepasukannya, Sebastian Vettel yang telah memenangi dua daripada tiga perlumbaan musim ini.

Selepas Raikkonen menamatkan 40 saat di belakang Vettel ketika Grand Prix China awal bulan ini, Marchionne memberitahu mahu berbincang dengan pelumba dari Finland itu.

Sebaliknya, Raikkonen berkata, tidak ada sebarang masalah di antara mereka.

"Semuanya baik sepanjang perbincangan dengan presiden setakat ini.

"Saya sedar ada sesuatu yang diluahkan dan ditulis, tetapi bagi saya terlalu banyak cerita mengarut di surat khabar dan laman web.

"Saya lebih tahu sejauh mana hubungan dengan pasukan serta presiden.

"Saya sendiri menjangkakan keputusan yang baik..tetapi tidak mengapa sekiranya ada orang lain yang kurang gembira kerana ianya bukan masalah besar kepada saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Raikkonen yang bakal menyambut kelahirannya yang ke-38 pada Oktober ini enggan berbincang mengenai masa depannya.

"Saya tidak tahu masa depan saya. Perkara ini sentiasa dibincangkan sejak dulu lagi, tetapi apa yang penting bagi ialah ingin melakukan yang terbaik.

"Kita lihat dahulu apa yang akan berlaku tahun ini".

Kimi Raikkonen, Ferrari

Artikel Sebelum

Argentina Pilih Sampaoli

Artikel Berikut

Artikel Lain